4 Feb 2009

kisah badminton

selamat sejahtera..
kadang2 malu juga nak tulis tentang badminton..macamlah aku ni pandai main..setakat pemain kg tu bolehlah..siapalah aku nak bercerita tentang badminton..tapi rasa2nya kalaulah aku ada pendedahan masa 80-an dan 90-an..mungkin ada peluang mencapai kejayaan..tapi aku ni sekolah kg yg tiada kemudahan asas pun tentang badminton..permainan badminton pun aku tak kenal..tapi aku dah main badminton 24 tahun..sejak umur 10 tahun..itu pun main di kg..tiada pun yg jadi coach aku..main sendiri saja.tapi masih juga boleh jadi juara kg..aku masih ingat..dulu2 hampir setiap kg menganjurkan pertandingan badminton..walaupun main di dewan kg dan shuttle plastik..semua pertandingan anjuran kg aku ikut..dan akhirnya aku cuba nasib ikut pertandingan daerah..aku bernasib baik..jadi juara.kemudian ikut pertandingan peringkat kk dapat no 3..aku pernah juga menyertai pertandingan peringkat kebangsaan utk guru2 dan dapat naib juara..tujuan aku mengkongsikan cerita ini bukan untuk minta puji..tak ada apa2 pun yg nak dipujikan..ada 3 kesimpulan yang hendak aku nyatakan.Pertama..sebenarnya ramai pemain2 berbakat di seluruh pelusuk kg di Malaysia..cuma bakatnya terkubur begitu saja kerana tidak ada yg peduli..tak kiralah apa juga jenis sukan..Negara sebenarnya tidak ketandusan bakat2 tetapi aktiviti pencungkilan bakat tu tak berapa dibuat..pada zaman aku tu memanglah..tapi sekrang ni macam ada suda usaha2 mencungkil bakat2 baru di merata tempat..Kedua, untuk menguasai sesuatu aspek kemahiran..bakat hanya 15%.85% datangnya dari usaha yg gigih..sedia untuk belajar dari orang lain..tak kisahlah dari tunjuk ajar coach atau apa saja cara..kalau tak ada coach pun boleh tengok skil orang terutama pemain2 handalan melalui kaca tv..kalau kita tengok betul2 pukulan pemain international..dari segi cara memukul shuttle tu dgn teliti..pasti kita juga boleh meniru..aku minat mainan Hafiz..pasal dia banyak trick..ketiga..untuk melahirkan seorang juara dalam apa juga bidang..pembelajaran itu mesti bermula dari kecil..seperti kata pepatah..melentur buluh biarlah dari rebungnya..terima kasih

4 comments:

  1. betul tu..kalau ada kemudahan dan pendedahan, saya pun sudah dengan lee chong wei skrang ni.hahahaha...

    ReplyDelete
  2. Salam Guru,

    Siuk juga baca entri pasal badminton ni.
    Saya ni pun peminat sukan badminton juga. Semoga dapat melihat bakat-bakat muda daripada Kota Marudu khususnya cemerlang dalam sukan badminton. Kalau boleh..kasi banyak lagi tips-tips main badminton. Mana tau berguna untuk semua bloggers.. TQ.

    Salam ceria.
    http://kanildayou-batition.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Mari terus tingkatkan badminton. Harap tuan jadi coach anak saya.

    ReplyDelete
  4. hye..bah kita baru kenal...ko lawat2 la bah blog sy. pandangan dan komen saudara amat diperlukan

    ReplyDelete