11 Sept 2010

Bagaimana menjadi juara badminton tanpa latihan khusus

Selamat sejahtera dan selamat hari raya

Sudah lama saya tidak menulis dalam blog. Bukan berhenti. Tapi sedang menulis buku yang bertajuk "Teknik untuk menjadi juara badminton Tanpa Mendapat Latihan Khusus". Sesiapa yang berminat mendapatkan buku ini, sila sms nama dan alamat anda ke 0198709809. Buku ini boleh didapati dengan hanya RM20.00 termasuk kos pengiriman..Anda hanya perlu mengirimkan wang pos RM20.00 kepada Richard Samie, Kg Tagaroh, Peti Surat 57 89107 Kota Marudu Sabah. Saya ingin berkongsi pengetahuan dan pengalaman saya berkecimpung dalam dunia badminton selama 25 tahun.. cepat! stok terhad kepada 30 buah sahaja..

21 Jun 2009

badminton lagi

sudah lama tidak update...sibuk bah! baru2 ni aku ada peluang menghadiri kursus kejurulatihan badminton anjuran sba dan bam. sukar juga. sekarang aku dah dapat banyak ilmu hasil dari kursus 5 hari dari pagi sampai malam tu..kini aku nak menyumbang bakti kepada orang2 di daerah ku dengan pengetahuan yang ku terima..kepada pemain badminton yang hebat2 tu.. bukan senang nak jadi jurulatih kerana kita mungkin pandai main tapi belum tentu kita dapat memberi tunjuk ajar kepada orang yang baru belajar main..so anggaplah ini sebagai satu cabaran kepada semua jurulatih badminton di mana jua anda berada..gunakanlah kemahiran sebagai jurulatih sepenuhnya demi untuk kecemerlangan sukan badminton di peringkat akar umbi lagi. sekian

26 Feb 2009

Teknik untuk meningkatkan prestasi permainan..

Badminton memanglah game yg menyeronokkan tapi ada kalanya membawa risiko..aku nak kongsi bagaimanan meningkatkan prestasi permainan..ok bagi acara single..first and foremost..u mesti ada stamina..tambahlah stamina dgn cara berjoging keliling dewan macam si dahlan buat..kedua..skill mesti cukup..kalau tak cukup skill..jangan haraplah prestasi permainan meningkat..macam mana nak tingkatkan skill..melalui latihanlah..apalagi..buatlah latih tubi..contohnya,drop 100x.., main net 100x sehari..kemudian amalkan sewaktu pertarungan sebenar..pasti prestasi permainan anda akan meningkat..ok jumpa di gelanggang petang ini..

Membangunkan badminton untuk diri sendiri..

selamat berjumpa lagi...kita cerita lagi tentang bagaimana menajamkan permainan anda..seringkali kita memberi alasan bahawa kita tiada latihan, tiada ikut klinik, tidak main dari kecil dan macam2 lah alasan yg u all bagi sebagai teknik membela diri...dengan mengatakan aku main ni untuk suka2 aje..tak kisah..mainan meningkat ke menurun ke statik ke..i tak kisah yg penting i enyoy main..tapi u enjoy main untuk level mana? kalau semua orang meningkat u tetap tak meningkat..org lain tak enyoy main dgn u kerana mereka tak berpeluh..kalau boleh we all mau tingkatkan mainan, bukan untuk jadi juara tapi untuk kepuasan diri..so hari ini aku nak bagi cabaran pada semua player..jangan jadikan alasan tiada latihan, lambat belajar main dan lain2 untuk tidak mau meng improvekan permainan anda..cuba lihat Datuk Sidek..dia tak de pun ikut kursus kejurulatihan untuk melahirkan juara dunia..gelanggangnya pun tak berdewan..keazaman untuk meningkatkan diri sendiri...sedia untuk belajar..sanggup untuk berkorban apa saja demi untuk badminton..tapi kalau nak beli racket dan shuttle pun bukan main payah, macam mana nak meningkat..jadi aku cadangkan pada semua peminat2 badminton di merata dunia..sedia berkorban dalam bentuk wang ringgit, masa berlatih demi untuk peningkatan diri dalam badminton...bayangkan betapa seronoknya main kalau u rasa tahap permainan badminton anda di tahap yang tinggi..jadi kesimpulannya..untuk membangunkan badminton bagi diri sendiri kita mesti sanggup bekorban dari segi masa, tenaga dan wang ringgit..percayalah! jika anda cuba mempraktikkan rahsia ini..jangan hairan ..jika tahap permainan peringkat kg akan sama dengan tahap permainan peringkat dunia..tq

24 Feb 2009

kaitan antara mood dan prestasi bermain..

kawan2 aku main badminton merungut..hari ni semua game aku kalah..off form! tak de mood lah main..tapi turun main juga..kalah main tak semestinya mood tak baik.mungkin lawan u lebih kuat atau u memang lama tak main..tapi aku setuju juga yg mood main tu memainkan peranan penting dalam indikator prestasi pemain..aku syorkan lepas balik sekolah atau kerja, u tidur sekejap dalam 30 minit and than bangun..petang u mesti main dengan baik sebab ada rehat..itu satu cara..terdapat faktor2 yg menyebabkan mood main tak baik..pertama faktor kelesuan dari aspek mental..mungkin u penat sepanjang hari jadi ia akan menjejaskan prestasi u..tapi i cadangkan kalau u punya mood main tak berapa baik, u main slow2 aje...tak perlu lah monotos sangat main..nanti tambah buruk! jangan memaksa diri kalau tak mampu main..just relax! tapi tidak dapat dinafikan setiap orang ada hari baiknya..permainan menjadi..semua ok..maksudnya u punya fokus tu 100%..sambung pula!

23 Feb 2009

seni permainan badminton

hari ni aku nak tulis tentang badminton sebagai seni..semua kita pasti tau apa tu seni..mungkin korang tak pernah terfikir yg aku akan menganggap badminton sebagai seni.. sama macam game2 lain..badminton juga adalah satu seni..mengapa? first..badminton memerlukan kelembutan tangan untuk bermain..anda tak perlu mempunyai badan yg sasa untuk membolehkan anda menjadi player yg baik..pergelangan tangan mesti lembut..ia memudahkan anda memukul shuttle tepat ke arah yang diinginkan..pergerakan kaki juga seperti sebuah tarian yg mempunyai langkah2 khusus..bagaimana bergerak ke hadapan, tepi, dan belakang..bukan hantam saja tapi ada kaedah yg betul..seperti sebuah tarian..itu yg menyebabkan badminton tu macam seni persembahan..kalau anda dapat menguasai pergerakan kaki yg betul anda tidak perlu kelam kabut berlari sekeliling gelanggang..titik pusat gelanggang anda iala tengah gelanggang..anda hanya perlu melangkah 1 atau 2 langkah ke belakang..tengok posisi andala..lepas tu jangan mengelungsur macam main ski ais..ya..step mesti betul..dengan gabungan kaki dan tangan yg lembut pasti anda boleh menghasilkan permainan yang amat mengasyikan sehingga orang yg menonton akan terhibur...aku pernah mendengar komen org tentang corak permainan aku waktu aku muda2..mereka kata permainan aku cantik..bukan minta puji..tapi sharing tips untuk menghasilkan corak permainan single yg menarik..kalah tak pe..yg penting permainan cantik..lepas tu bila main tujukan shuttle ke merata gelanggang..sudut2 gelanggan depan dan belakang..sekal-sekali drop atau smash..oklah beb! jumpa lagi..tq.

perkembangan tentang badminton

hari ini seramai 21 orang guru2 dan ktbm turun main di st theresa..3 court pun tak cukup..kalau pasal puas main tu memang tak puaslah..kena booking di goshen lagi..geng2 tengah menyesuaikan diri dengan partner masing2..kalau kena pasangan yg seimbang tu tak de masalah lah..tapi kalau yg tak seimbang..susah juga. aku cadangkan mana2 partner yg baru berkecimpung dalam arena badminton tu baik minta cover dgn partner..sekurang2nya dapat memberi saingan kepada yg lain..anywhere kita start game bulan mac ni..ok! banyak juga game tu..yg belum bayar yuran tu..faham2 je la..bayar pada bendahari..yg belum pernah beli shuttle tu..try2lah beli..demi untuk keadilan semua pemain..takkan seorang aje yg keluarkan shuttle kan? sama2 main..sama2 lah bayar sewa dewan dan shuttle..kita orang pun bukan tukang buat shuttlekan geng? jangan mare..lebih baik terus terang daripada cakap belakangkan..tapi kalau yg memang ada supply shuttle tu terima kasihlah..sama2lah kita bekerjasama demi kerancakan aktiviti badminton di sekolah kita..memang seronok main badminton tapi lebih seronok kalau semua tolong menolong..kalau dah memang minat main badminton..relalah bekorban sikit..oklah..jumpa lagi!