26 Feb 2009

Teknik untuk meningkatkan prestasi permainan..

Badminton memanglah game yg menyeronokkan tapi ada kalanya membawa risiko..aku nak kongsi bagaimanan meningkatkan prestasi permainan..ok bagi acara single..first and foremost..u mesti ada stamina..tambahlah stamina dgn cara berjoging keliling dewan macam si dahlan buat..kedua..skill mesti cukup..kalau tak cukup skill..jangan haraplah prestasi permainan meningkat..macam mana nak tingkatkan skill..melalui latihanlah..apalagi..buatlah latih tubi..contohnya,drop 100x.., main net 100x sehari..kemudian amalkan sewaktu pertarungan sebenar..pasti prestasi permainan anda akan meningkat..ok jumpa di gelanggang petang ini..

Membangunkan badminton untuk diri sendiri..

selamat berjumpa lagi...kita cerita lagi tentang bagaimana menajamkan permainan anda..seringkali kita memberi alasan bahawa kita tiada latihan, tiada ikut klinik, tidak main dari kecil dan macam2 lah alasan yg u all bagi sebagai teknik membela diri...dengan mengatakan aku main ni untuk suka2 aje..tak kisah..mainan meningkat ke menurun ke statik ke..i tak kisah yg penting i enyoy main..tapi u enjoy main untuk level mana? kalau semua orang meningkat u tetap tak meningkat..org lain tak enyoy main dgn u kerana mereka tak berpeluh..kalau boleh we all mau tingkatkan mainan, bukan untuk jadi juara tapi untuk kepuasan diri..so hari ini aku nak bagi cabaran pada semua player..jangan jadikan alasan tiada latihan, lambat belajar main dan lain2 untuk tidak mau meng improvekan permainan anda..cuba lihat Datuk Sidek..dia tak de pun ikut kursus kejurulatihan untuk melahirkan juara dunia..gelanggangnya pun tak berdewan..keazaman untuk meningkatkan diri sendiri...sedia untuk belajar..sanggup untuk berkorban apa saja demi untuk badminton..tapi kalau nak beli racket dan shuttle pun bukan main payah, macam mana nak meningkat..jadi aku cadangkan pada semua peminat2 badminton di merata dunia..sedia berkorban dalam bentuk wang ringgit, masa berlatih demi untuk peningkatan diri dalam badminton...bayangkan betapa seronoknya main kalau u rasa tahap permainan badminton anda di tahap yang tinggi..jadi kesimpulannya..untuk membangunkan badminton bagi diri sendiri kita mesti sanggup bekorban dari segi masa, tenaga dan wang ringgit..percayalah! jika anda cuba mempraktikkan rahsia ini..jangan hairan ..jika tahap permainan peringkat kg akan sama dengan tahap permainan peringkat dunia..tq

24 Feb 2009

kaitan antara mood dan prestasi bermain..

kawan2 aku main badminton merungut..hari ni semua game aku kalah..off form! tak de mood lah main..tapi turun main juga..kalah main tak semestinya mood tak baik.mungkin lawan u lebih kuat atau u memang lama tak main..tapi aku setuju juga yg mood main tu memainkan peranan penting dalam indikator prestasi pemain..aku syorkan lepas balik sekolah atau kerja, u tidur sekejap dalam 30 minit and than bangun..petang u mesti main dengan baik sebab ada rehat..itu satu cara..terdapat faktor2 yg menyebabkan mood main tak baik..pertama faktor kelesuan dari aspek mental..mungkin u penat sepanjang hari jadi ia akan menjejaskan prestasi u..tapi i cadangkan kalau u punya mood main tak berapa baik, u main slow2 aje...tak perlu lah monotos sangat main..nanti tambah buruk! jangan memaksa diri kalau tak mampu main..just relax! tapi tidak dapat dinafikan setiap orang ada hari baiknya..permainan menjadi..semua ok..maksudnya u punya fokus tu 100%..sambung pula!

23 Feb 2009

seni permainan badminton

hari ni aku nak tulis tentang badminton sebagai seni..semua kita pasti tau apa tu seni..mungkin korang tak pernah terfikir yg aku akan menganggap badminton sebagai seni.. sama macam game2 lain..badminton juga adalah satu seni..mengapa? first..badminton memerlukan kelembutan tangan untuk bermain..anda tak perlu mempunyai badan yg sasa untuk membolehkan anda menjadi player yg baik..pergelangan tangan mesti lembut..ia memudahkan anda memukul shuttle tepat ke arah yang diinginkan..pergerakan kaki juga seperti sebuah tarian yg mempunyai langkah2 khusus..bagaimana bergerak ke hadapan, tepi, dan belakang..bukan hantam saja tapi ada kaedah yg betul..seperti sebuah tarian..itu yg menyebabkan badminton tu macam seni persembahan..kalau anda dapat menguasai pergerakan kaki yg betul anda tidak perlu kelam kabut berlari sekeliling gelanggang..titik pusat gelanggang anda iala tengah gelanggang..anda hanya perlu melangkah 1 atau 2 langkah ke belakang..tengok posisi andala..lepas tu jangan mengelungsur macam main ski ais..ya..step mesti betul..dengan gabungan kaki dan tangan yg lembut pasti anda boleh menghasilkan permainan yang amat mengasyikan sehingga orang yg menonton akan terhibur...aku pernah mendengar komen org tentang corak permainan aku waktu aku muda2..mereka kata permainan aku cantik..bukan minta puji..tapi sharing tips untuk menghasilkan corak permainan single yg menarik..kalah tak pe..yg penting permainan cantik..lepas tu bila main tujukan shuttle ke merata gelanggang..sudut2 gelanggan depan dan belakang..sekal-sekali drop atau smash..oklah beb! jumpa lagi..tq.

perkembangan tentang badminton

hari ini seramai 21 orang guru2 dan ktbm turun main di st theresa..3 court pun tak cukup..kalau pasal puas main tu memang tak puaslah..kena booking di goshen lagi..geng2 tengah menyesuaikan diri dengan partner masing2..kalau kena pasangan yg seimbang tu tak de masalah lah..tapi kalau yg tak seimbang..susah juga. aku cadangkan mana2 partner yg baru berkecimpung dalam arena badminton tu baik minta cover dgn partner..sekurang2nya dapat memberi saingan kepada yg lain..anywhere kita start game bulan mac ni..ok! banyak juga game tu..yg belum bayar yuran tu..faham2 je la..bayar pada bendahari..yg belum pernah beli shuttle tu..try2lah beli..demi untuk keadilan semua pemain..takkan seorang aje yg keluarkan shuttle kan? sama2 main..sama2 lah bayar sewa dewan dan shuttle..kita orang pun bukan tukang buat shuttlekan geng? jangan mare..lebih baik terus terang daripada cakap belakangkan..tapi kalau yg memang ada supply shuttle tu terima kasihlah..sama2lah kita bekerjasama demi kerancakan aktiviti badminton di sekolah kita..memang seronok main badminton tapi lebih seronok kalau semua tolong menolong..kalau dah memang minat main badminton..relalah bekorban sikit..oklah..jumpa lagi!

jangan lupa petang ini..

kepada semua pemain2 badminton smkkm jangan lupa turun main petang ni.jam 5 di st theresa..main 2 set pun jadilah yang penting puas main..banius!! turun awal sikit ya..jam 4.30pm kita main single dulu dua set..

22 Feb 2009

perkembangan badminton

Esok..mss bahagian utara akan berangkat ke lahad datu untuk kejohanan badminton peringkat negeri sabah..tapi aku tak dapat pergi kerana masalah kenderaan..kereta aku tu dah uzur..takut tak sampai lahad datu..lagipun pemain dari smkkm tak dapat menyertai..tak pelah yg penting aku harap pemain2 lain yang rata2nya dari kb bermain bersungguh2 supaya dapat mencapai keputusan yang membanggakan..

Taktik bermain badminton yg berkesan..siri 2

jumpa lagi..kita sambung sikit tentang badminton..kalau u pemain baru yang cuba menguasai pukulan2 asas..jangan segan nak belajar dan bertanya dengan orang yang dah pandai..lebih rajin anda bertanya..lebih cepatlah anda pandai..dan jangan segan bermain dengan orang yang lebih pandai dari anda..kerana disitulah anda dapat belajar skil2 baru..bagaimana menajamkan smash, menguatkan backhand dll..kalau ada selalu geng dgn kawan2 yang lebih pandai dari anda permainan anda akan meningkat lebih cepat..dengan syarat anda telah boleh menguasai pukulan2 asas..kalau pukulan asas pun masih belum dapat..susahlah..samalah kalau anda tak pass upsr macamana nak lulus pmr..anywhere anda mesti ada tekad mahu belajar..bukan untuk jadi juara atau bersaing dengan org lain tapi supaya anda dapat memaksimumkan kepuasan anda bermain..keseronokan pun meningkat..yg penting ada usaha mahu belajar..aku teringat ada seorang kawan aku yg sangat bersemangat main..kadang2 tu diajaknya aku main single dgnnya ..bukan apa..supaya mainnya improve..dia juga yg gembira dan puas hati..kalau asyik2 geng yg sama level saja..u memang puas main, berpeluh tapi u punya mainan statik!..tiada peningkatan..tapi kalau matlamat setakat untuk kepuasan takpela kan..

Taktik bermain badminton yang berkesan...siri 1

pertama..u mesti ada asas bermain badminton..tak perlu menghadiri klinik badminton..yg penting tau pukulan2 asas..macam mana stroke, forehand, backhand, dropshot dan smash..kalau u all tau menggunakan pukulan2 ini..u boleh dipanggil player! dan boleh join mana2 group yang anda suka..pilihlah sparing partner yg sama level, lebih baik dari anda atau yang kurang dari anda..masing2 ada kelebihan..yang dah terror tu janganlah sombong sampai tak nak geng dengan mereka yang baru belajar..main dgn mereka yg baru belajar pun ada kbaikannya..nak tau? kalau I bagi tau..I dah bocorkan rahsia I..pasal di tempat di mana I selalu join main..kawan2 I tu baru belajar pukulan2 asas..tapi aku join je..aku tak kisah walaupun tak mencapai utiliti yg maksimum..anywhere kebaikan bermain dgn mereka yg baru belajar tu ialah disitulah peluang anda untuk menajamkan pukulan2 asas yang dah berkarat..pasal tu lah aku join je dgn kawan2 yang baru belajar walaupun diorang kata aku tak berpeluh..jadi untuk menjadi pemain yang berkesan..kuasailah kemahiran pukulan2 asas tadi..kalau tak pegi klinik badminton secara formal..tak pe..u main badminton tiap hari..pasti boleh pandai juga..tapi kalau main sekali seminggu..lambat baru dapat menguasai pukulan2 asas..jumpa lagi

menjadikan badminton sebagai hobi..

selamat bertemu lagi dalam blog saya..hari ni aku nak tulis tentang badminton sebagai hobi..hmm kalau sebut pasal hobi..memanglah setiap orang ada hobi masing2..tak kisahlah menonton tv, membaca, melancong, shopping dll..tapi aku naik fokus tentang hobi badminton..main badminton bukan semestinya "teror" baru nak main..anda boleh bermula daripada 0..memang semua orang bermula dari tak pandai..cari geng2 yg selevel dgn anda supaya anda tidaklah rasa segan..jangan main dengan orang yg dah expert nanti korang tak berpeluh nanti..kalau nak lawan, pilih lawan yg setaraf..kalau tak begitu, anda akan bosan dengan hobi badminton ni..kedua..hobi badminton ni nak cakap elit tak juga..memanglah kosnya mahal tapi kalau dah minat tak kisahla..setakat racket rm150.00 setahun..shuttle dan kasut..dan yang paling best lagi dengan badminton ni..seronoklah..kalau tak percaya..jom turun petang esok di gelanggang st theresa..ok!

14 Feb 2009

strategi bijak bermain badminton

selamat bertemu lagi kepada semua bloger..harap korang semua sihat2..aku nak share tentang strategi sewaktu dalam perlawanan..setiap pemain mempunyai strategi waktu main..jadi aku nak kongsi bagaimana nak handle lawan..sebenarnya strategi tu bergantung kepada corak permainan lawan dan corak permainan kita sendiri..betul tak para coach badminton? aku ni bukan pun coach dan tak pernah mendapat latihan formal...tapi aku belajar dari pengalaman yang tak sebanyak mana..kalau u punya mainan jenis yg banyak rally dan u punya lawan tu main cepat, u jangan ikut dia main cepat..kalau u ikut dia main cepat, maka cepatlah u kalah dan cepatlah lawan menang dan cepat juga game abis..u bawalah dia main rally panjang..tapi u punya stamina mesti kuat..kalau tak kuat, tak menjadi juga..syaratnya mesti tahan nafas..apa macam? boleh trima kah tips saya??kalau u punya lawan tu main rally dan u pun jenis main rally, u pun ada 2 pilihan juga..sama ada main laju atau ikut rentak dia..tapi sekali lagi bergantung kepada u punya stamina..pendek kata, kalau stamina ok semua boleh jadi...u mesti guna otak waktu main..bukan main hantam saja..u mesti pandai merancang bagaimana nak mengalahkan lawan u..bersambung.

13 Feb 2009

kisah tentang pemain2 badminton..

hari ini saya nak bercerita tentang geng2 sekolah yg main di dewan st theresa.. pertama pemain yg paling bersemangat..siapa lagi kalau bukan si prince..kalau pasal sms dialah org paling rajin kasi tau ada jadual main..sampai kawan2 lain pun kelam kabut mau datang awal..tau2 dia di KK..kedua..si soo..ini pun rajin main2 kelebihan permainannya bergantung kepada smash! smash dia power sampai kepala si jaisin pun di smashnya ini pemain seperti foo kok keong..kalau ambil bola sampai berguling.kadang2 hampir langgar tiang..dia suka pukul net pakai racket....ketiga ..si josil..pemain baru..dia ni main pakai cermin mata. .dia tidak mau buka cermin matanya sebab jarak penglihatan hanya 2 kaki dari shuttle..cermin matanya pula sudah longgar..bila disuruh tukar cermin mata, dia bilang tiada duit, tapi yang hairanya, racket mahal dan shuttle dia dapat beli...kalau si felix..kalau silap smash asyik garu2 kepala sambil lari2 macam ada semut dalam seluar..Alim shah pula kuat mengolok orang..dia suka lawan si soo tapi si soo pula suka ganding sama si alim..yang hairan lagi tu kalau belum bayar yuran bulanan ahli tetap saja yang datang tapi kalau yuran bulanan sudah dibayar oleh ahli tetap..ramai pemain baru muncul..si bani..suka betul mau jumping smash tapi inda pandai masuk..si dahlan pula..kalau lama menunggu giliran main dia sanggup lari keliling dewan sampai berpeluh..rizal tu pemain paling tinggi tapi smash tidak dapat kasi kalah si eddy..kalau main single tidak abis satu set macam unta kehabisan air..si eddy pula sibuk berlatih pukulan2 trick..sekali undi dapat pasangan yang baru belajar..rugi saja latihan.kalah juga..mata kawan pun kena smash..si banius ..kalau dapat buat pukulan cantik..bukan main gembira lagi dia..meijil..si alim shah bilang, smash dia paling bahaya sebab smash dia rata pigi mata orang..jaisin pun apa kurangnya..tidak pernah ponteng main..kadang2 dari kebun direct pigi main di dewan..bila pemanasan..dia bilang tidak perlu lagi sebab sudah warming up potong rumput..yang saya suka pergi dewan tu sebab dapat tengok gelagat dan aksi pemain2 dgn skil masing2..boleh juga tumpang ketawa...oklah..jangan marah..gurau saja..

badminton lagi..

selamat berjumpa kembali dalam blog saya..pasti semua pembaca dalam keadaan sihat2..kalau kurang sihat tu, cuba turun main badminton, pasti sembuh penyakit..penyakit2 seperti tinggi darah, kencing manis, sebenarnya boleh diubat dan dicegah jika rajin main badminton..menurut seorang kawan saya, permainan yang menggunakan racket ni paling baik dari segi mengurangkan kandungan kalori dalam badan..kawan saya ni dah buat kajian dan pembacaan meluas..walaupun dia bukan lah doktor..bah!! apa lagi turunlah gelanggang main..apa juga tu shuttle RM 55 sebulan demi untuk kesihatan..kalau sakit pergi klinik.. mau juga puluh2 ringgit bikin bayarkan? so...demi kesihatan anda dan keluarga..turunlah main badminton..kalau tak minat badminton..cuba2 dulu..macam kawan2 saya di sekolah tu..mula2 langsung tak minat main..bawa main pun tak ingin..tapi sekarang ni..dah lebih 20 orang turun main..dah ketagih! lagi pun memang enjoylah..banyak ketawa! tengok gelagat pemain2 beraksi mengikut skil masing2..aku ni memang nak main hari2 tapi memandangkan ada komitmen lain..2 kali seminggu pun cukup..okla..jumpa lagi

tips untuk menjadi pemain badminton yg baik

pertama..mestilah ada kemahiran yang cukup..kemahiran diperoleh melalui latihan yang mencukupi...kedua..mestilah fit..mampu bermain 3 set..ketiga..mempunyai kekuatan mental yang tinggi..kalau ketiga2 aspek ini ada.. pasti anda boleh jadi pemain yang baik..sekian.

badminton dan rahsia kejayaan

Terdapat beberap a rahsia bagaimana untuk mencapai kejayaan dalam sukan badminton..kalau tuan2 ikut rahsia ini pasti tuan2 juga boleh jadi juara..

1) rajin berlatih...
2) rajin belajar...
3) rajin buat homework dengan cara menonton permainan

aktiviti terkini badminton km..

salam sejahtera..mssd km baru menghabiskan kejohanan badminton peringkat daerah yg diadakan di smk km2. . penat juga mengurus kejohanan ini..lepas tu kejohanan peringkat bahagian akan diadakan lagi pada 17hb feb..mengurus lagi..24hb peringkat negeri..bah! apa pun kita berharap agar murid2 kita dapat berlatih bersungguh2 supaya dapat mencapai kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang..

4 Feb 2009

kisah badminton

selamat sejahtera..
kadang2 malu juga nak tulis tentang badminton..macamlah aku ni pandai main..setakat pemain kg tu bolehlah..siapalah aku nak bercerita tentang badminton..tapi rasa2nya kalaulah aku ada pendedahan masa 80-an dan 90-an..mungkin ada peluang mencapai kejayaan..tapi aku ni sekolah kg yg tiada kemudahan asas pun tentang badminton..permainan badminton pun aku tak kenal..tapi aku dah main badminton 24 tahun..sejak umur 10 tahun..itu pun main di kg..tiada pun yg jadi coach aku..main sendiri saja.tapi masih juga boleh jadi juara kg..aku masih ingat..dulu2 hampir setiap kg menganjurkan pertandingan badminton..walaupun main di dewan kg dan shuttle plastik..semua pertandingan anjuran kg aku ikut..dan akhirnya aku cuba nasib ikut pertandingan daerah..aku bernasib baik..jadi juara.kemudian ikut pertandingan peringkat kk dapat no 3..aku pernah juga menyertai pertandingan peringkat kebangsaan utk guru2 dan dapat naib juara..tujuan aku mengkongsikan cerita ini bukan untuk minta puji..tak ada apa2 pun yg nak dipujikan..ada 3 kesimpulan yang hendak aku nyatakan.Pertama..sebenarnya ramai pemain2 berbakat di seluruh pelusuk kg di Malaysia..cuma bakatnya terkubur begitu saja kerana tidak ada yg peduli..tak kiralah apa juga jenis sukan..Negara sebenarnya tidak ketandusan bakat2 tetapi aktiviti pencungkilan bakat tu tak berapa dibuat..pada zaman aku tu memanglah..tapi sekrang ni macam ada suda usaha2 mencungkil bakat2 baru di merata tempat..Kedua, untuk menguasai sesuatu aspek kemahiran..bakat hanya 15%.85% datangnya dari usaha yg gigih..sedia untuk belajar dari orang lain..tak kisahlah dari tunjuk ajar coach atau apa saja cara..kalau tak ada coach pun boleh tengok skil orang terutama pemain2 handalan melalui kaca tv..kalau kita tengok betul2 pukulan pemain international..dari segi cara memukul shuttle tu dgn teliti..pasti kita juga boleh meniru..aku minat mainan Hafiz..pasal dia banyak trick..ketiga..untuk melahirkan seorang juara dalam apa juga bidang..pembelajaran itu mesti bermula dari kecil..seperti kata pepatah..melentur buluh biarlah dari rebungnya..terima kasih

badminton dan kekuatan mental

selamat berjumpa lagi..hari ini saya hendak bercakap mengenai kekuatan mental dalam permainan badminton..salah satu keperluan yang mesti ada bagi seorang "player" ialah kekuatan mental. tak kiralah apa permainan sekali pun.Dalam badminton, kekuatan mental sangat penting..apa pentingnya kekuat mental?kekuatan mental membolehkan seorang pemain yang sudah ketinggalan jauh pun dapat kejar..kalau tak menang, at least point tu boleh dekat..contohnya, ketinggal 10-18 pun boleh kejar dan menang..kalau time 15 point tu memanglah ada yg ketinggalan 14-6 pun boleh kejar dan menang..tapi sekrang oleh sebab ada perubahan sistem mata, susah sikitlah..pasal tiada over. Bagaimana mau dapat kekuatan mental? kita tidak perlu jadi seperti Lee Chong Wei untuk dapat kekuatan mental..tidak perlu menghadiri kursus bina semangat.kekuatan mental boleh diperoleh dari dalam diri kita masing2..kita hanya perlu berbisik pada diri kita sendiri..yang kita yakin boleh..relax, tenang..semuanya itu boleh diperoleh melalui diri kita sendiri..coach pun susah nak ajar..kerana akhirnya, yang berada di gelanggang ialah kita sendiri sebagai pemain..Oleh itu cubalah resepi ini..kerana jika kita berkomunikasi pada diri kita sendiri semasa hampir kalah, mungkin setidak2nya kita punya point meningkat..terima kasih.

dairy badminton

sekrang ni sekolah asyik sukan olahraga..tapi masih ada guru2 yg sempat meluangkan masa main badminton..sambil2 menjaga kesihatan pelajar, kesihatan sendiri mesti diutamakan..so jangan lupa turun main selagi ada kesempatan..bored juga ya kalau tidak ada main badminton..mau main bola pun tiada mood..lagipun banyak risiko kecederaan bah..bermainlah selagi sihat..ada gaji ribu2 pun kalau tak sihat..duit tu bikin beli ubat jugakan..so amalkanlah bersenam..aku ni tak de game lain..badminton je..tu pun 2x seminggu.lebih dari tu badan dah sakit..okla.jumpa lagi